Write For Us

Hanya penyesalan Najib akan selamatkan k'jaan dari dipersalahkan - penganalisis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Seorang penganalisis politik berkata keengganan Najib Razak untuk menunjukkan penyesalan atas kesalahan yang membuatkan dia dipenjarakan akan menyebabkan kerajaan dipersalahkan atas peranan dalam proses pengampunan tersebut.

Wong Chin Huat berkata orang ramai akan mempersoalkan komitmen Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melakukan pembaharuan selepas keputusan Lembaga Pengampunan diumumkan.

Dalam kes Najib, Wong berkata bekas perdana menteri itu tetap tidak mengaku bersalah walaupun selepas disabitkan kesalahan, dan menegaskan dirinya menjadi mangsa politik.

Terdahulu Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjara Najib dari 12 tahun kepada 6 tahun dan mengurangkan dendanya daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment