Write For Us

Hanya yang bangang sahaja akan percaya - Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hanya yang bangang sahaja akan percaya bahawa beliau mampu mempengaruhi Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk bertindak ke atas saman sivil terhadap 1MDB.
Dalam posting terbaru di blognya, Mahathir berkata sebagai bekas perdana menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa pengaruh malah jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi kerajaan Amerika Syarikat, bahkan agensi Kerajaan Malaysia sekalipun.
Jelasnya, jika beliau dapat mengarahkan sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat, sudah lama pencuri yang dituduh mencuri berbilion-bilion dolar Amerika ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.
walaupun kerajaan berpuas hati isu RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dikatakan derma orang Arab, kata Mahathir, namun DOJ bertindak ke atas mereka yang terlibat dalam pembersihan wang haram di Amerika, bukan di Malaysia.
Menurut Mahathir, undang-undang berkenaan jenayah pengubahan wang haram di Amerika Syarikat amat ketat, tidak seperti di Malaysia.
Mahathir berkata Jho Low dan Riza Aziz sepatutnya pergi ke Amerika Syarikat untuk melawan tuduhan menyeleweng dana dari 1MDB.
Memetik pepatah Melayu, "berani kerana benar, takut kerana salah", kata Mahathir, mereka bersembunyi di China dan dalam negara sekaligus menjadikan segala tuduhan DOJ adalah benar.
Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment