Write For Us

HARAPAN boleh guna logo PKR, kata SPR

Loading...
Google Rank
49 Views
Published
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata tiada halangan untuk Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang PKR pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Beliau berkata adalah jelas seperti yang dimaklumkan sebelum ini bahawa mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan menggunakan simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mohd Hashim berkata bagi parti politik yang bersetuju untuk membenarkan mana-mana bakal calon bertanding mewakili parti berkenaan, mereka diminta membawa surat kebenaran bertulis.
Tambahnya kebenaran bertulis itu mestilah ditandatangani oleh pegawai parti yang bertanggungjawab membenarkan calon itu menggunakan simbol parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Mohd Hashim berkata mana-mana calon yang tidak mendapat kebenaran secara bertulis daripada parti yang ingin diwakilinya, sekiranya layak untuk bertanding, pegawai pengurus akan memperuntukkan kepadanya satu simbol yang sedia ada yang telah ditetapkan sebagai ganti.
Menjelas lanjut, katanya tiada peruntukan yang menyatakan ahli parti hanya boleh mewakili partinya sahaja dalam PRU dan SPR juga tidak pernah menghalang selagi peraturan yang dinyatakan dipatuhi sepenuhnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment