Write For Us

HARAPAN sambut Hari Malaysia di Alor Setar

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
105 Views
Published
Pakatan Harapan (HARAPAN) mengajak rakyat negara ini berkunjung ke Alor Setar, Kedah untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia versi mereka pada pertengahan September ini.
Dijanjikan sebagai program yang penuh dengan kemeriahan, majlis itu akan diisi dengan pelbagai makanan dan permainan tradisional, konvoi motosikal berkuasa besar dan demonstrasi dron.
Pengisian itu adalah tambahan kepada penampilan orang besar-besar HARAPAN yang - seperti selalu - akan menyampaikan ucapan berapi masing-masing.
Mereka ialah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PK Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidak ketinggalan wakil parti dari Sabah dan Sarawak yang turut dijadual menyampaikan ucapan di situ.
Mengumumkan mengenai majlis itu Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata AMANAH menjadi tuah rumah kepada sambutan Hari Malaysia pada 15 September itu.
Saifuddin juga menyatakan sambutan Hari Malaysia seumpama itu juga mungkin akan diadakan di Kota Kinabalu dan Kuching pada tarikh yang akan ditentukan Majlis Presiden HARAPAN kelak.
Katanya sambutan di Alor Setar itu dibuat sehari sebelum sambutan peringkat kebangsaan kerana AMANAH mengadakan kongres mereka di ibu negeri Kedah berkenaan.
Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir pula berkata sambutan itu adalah program besar yang dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang rakyat Malaysia pelbagai golongan dan lapisan.
Katanya majlis itu dimulai dengan permainan tradisional seperti sepak takraw dan permainan layang-layang di Dataran Stargate pada jam 3 petang.
Makanan pula akan dimasak dan dihidangkan seperti amalan kenduri pada jam 6 petang, diikuti sesi ceramah umum pada jam 8.30 malam hingga 11 malam.
"Saya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai.
"Penuhkan kereta api ke utara, penuhkan semua bas-bas ekspres ke utara, penuhkan semua pesawat yang terbang ke Pulau Pinang atau Alor Setar. Kita berhimpun bersama-sama," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment