Write For Us

Harga petrol mungkin akan jadi lebih liberal - Hamzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Harga petrol mungkin akan menjadi lebih liberal lagi pada masa akan datang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata sebuah aplikasi akan dibangunkan bila tiba masanya untuk memberitahu pengguna harga petrol di pam minyak yang berbeza.
Pada masa ini, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel mingguan setiap Rabu yang berkuatkuasa selepas tengah malam dan mekanisme itu memberikan pengguna menikmati harga jualan bahan api yang lebih stabil berbanding harga bulanan.
Hamzah juga berkata kementerian itu akan mengadakan lagi perbincangan dengan peniaga petrol pada minggu hadapan sebelum memuktamadkan satu mekanisme harga petrol yang baharu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment