Write For Us

'Harimau tak patut berkhidmat untuk kambing biri-biri', TMJ letak jawatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding.
"Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM," kata TMJ pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
Dengan pengumuman itu bermakna genap setahun Tunku Ismail memimpin badan induk bola sepak tersebut selepas dilantik ke jawatan itu pada 25 Mac tahun lalu.
Terdahulu, Tunku Ismail pertengahan bulan ini membayangkan hasrat melepaskan jawatan sebagai presiden FAM selepas kecewa dengan segelintir pihak yang menyalahkan beliau berikutan kejatuhan ranking pasukan negara.
Susulan itu Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan Menteri Beliau dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata khidmat Tunku Ismail masih diperlukan badan induk bola sepak itu.
Untuk rekod berdasarkan ranking, Malaysia berada di kedudukan 178 dunia pada masa ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment