Write For Us

Harith 'Juara Lawak Dunia' mahu guna komedi satukan orang ramai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Artis komedi popular, Harith Iskander, yang meraih gelaran Funniest Person in the World anjuran Laugh Factory di Finland minggu lalu, mahu berkongsi jenakanya untuk menyatukan masyarakat di seluruh dunia.
Harith, yang terlibat dengan lawak solo selama 26 tahun, berkata beliau sering berkongsi anekdot mengenai kehidupan di Malaysia, dan tidak menyentuh isu sensitif seperti agama, politik dan seks dalam persembahannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sekembalinya dari Finland di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Sebagai pemenang gelaran itu, Harith memperoleh US$100,000 (RM448,000) serta melakukan persembahan komedi dalam jelajah di Amerika Syarikat selain liputan luas media seluruh dunia.
Menurut Harith, beliau ada berbual dengan pengasas dan Presiden Laugh Factory, Jamie Masada untuk membolehkan Malaysia menganjurkan pertandingan Funniest Person in the World pada 2018.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment