Write For Us

Hasil pendaratan ikan meningkat selepas operasi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Trend pendaratan ikan di Pantai Timur Semenanjung menunjukkan peningkatan sebaik Op Naga Barat yang dilaksanakan empat agensi bermula Mei 2019 hingga Februari lalu.
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Jamaludin Othman, berkata peningkatan agak ketara dicatatkan pada Ogos hingga Oktober lalu, selepas operasi yang mengekang aktiviti pencerobohan nelayan asing dijalankan.
Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan data pendaratan di pelabuhan dan kompleks LKIM Negeri Kelantan, jumlah pendaratan ikan di Pantai Timur pada 2019, masih lagi rendah berbanding empat tahun sebelumnya dan kemungkinan berpunca dari pencerobohan vesel penangkapan ikan oleh nelayan asing di Pantai Timur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di perairan Tok Bali, pada 8 Februari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment