Write For Us

Hasrat bawa emak pergi umrah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
“Cikgu, tolong ajar saya mengaji. Saya nak bawa ibu pergi umrah dan haji satu hari nanti,” kata Khairul Yap, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
Baru kematian ayah kira-kira dua minggu lalu, dia meluahkan hasrat itu kepada Pengarah Kids With Purpose Project, Mohd Farez Atan beberapa hari lalu kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang agama.
Katanya, dia kini memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang bagi membiayai pengajian al -Quran dan membeli bahan bacaan untuk memenuhi hasratnya itu.
“Saya tengok kawan-kawan sudah baca al-Quran, tapi saya baru baca Iqra’ 6. Saya nak belajar agama sungguh-sungguh.
“Saya harap ada yang sudi bantu. Saya nak bawa emak pergi umrah nanti. Semoga hasrat saya ini tercapai,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Khairul berkata, arwah ayahnya adalah seorang mualaf yang bekerja sebagai pemandu teksi, mahu melihat dia berjaya dalam pelajaran.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment