Write For Us

Hassan betul tentang kes pengiring kerabat raja pukul OKU, tapi… - Zaid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim sependapat dengan ahli parlimen PKR Hassan Karim bahawa siasatan jenayah tidak boleh dirunding.

Bagaimanapun, Zaid berkata polis pasti sukar mengumpul bukti selepas pengadu memfailkan laporan berasingan menyatakan perkara itu telah diselesaikan dan dia tidak mahu memanjangkan perkara itu.

Kedua-dua Zaid dan Hassan merujuk kepada kes seorang pengiring peribadi kerabat diraja didakwa menyerang seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) berusia 46 tahun di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen PKR itu, dalam kenyataannya semalam menegaskan bahawa dari segi undang undang jenayah, tiada istilah kes telah selesai walaupun ia dinyatakan begitu oleh pihak pengadu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment