Write For Us

Hidupkan kembali ISA, gesa NGO Bertindak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk menghidupkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.
Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata mereka akan cuba mengumpul sebanyak yang mungkin tandatangan rakyat Malaysia bagi menyokong akta itu dihidupkan semula.
"Kita akan buat perkara ini untuk memberikan satu isyarat yang jelas kepada kerajaan bahawa majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian mahu ISA itu dihidupkan kembali demi keamanan dan kesejahteraan negara," katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam.
Jelasnya, cadangan tersebut bukan semata-mata HINDRAF, tetapi mana-mana pelampau tidak mengira kaum.
Dalam pada itu, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata pihak-pihak yang menuntut dan mencampuri hal ehwal agama Islam seolah-olah memberi gambaran bahawa semua agama kelihatan sama dengan Islam.
"Islam adalah agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama-agama lain adalah bebas untuk mengamalkan ajaran masing-masing di sini, tetapi mereka tidak boleh mengatakan agama lain sama taraf kedudukan dengan Islam dari segi Perlembagaan.
"Itu dah termaktub dalam Perlembagaan Persekutaan, itu sudah dipersetujui dalam Kontrak Sosial," katanya.
- NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula
Terdahulu, mereka merancang untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970.
BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA,Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment