Write For Us

HIGHLIGHT: Episod 13 | Emil Emilda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Mengisahkan seorang gadis bernama Emilda yang bekerja sebagai seorang kerani fail di sebuah stesen televisyen tempatan.
Di sebalik kekurangannya yang tidak menarik dan ‘clumsy’ Emilda merupakan satu satunya pekerja yang amat disayangi oleh Tan Sri Nik Baseera, CEO Stesen Televisyen Baseera Media Group (CHANNEL TWELVE) kerana minat Emilda yang mendalam dunia penyiaran.
Pada suatu hari Tan Sri yang tidak mempunyai waris melainkan satu satunya anak saudara perempuannya yang tamak dan zalim telah mendapat khabar berita bahawa satu satunya anak kandungnya yang hilang disebabkan sebuah kemalangan jalan raya 20 tahun lalu telah pun ditemui.
Justeru itu Tan Sri nekad mahu bertemu dengan anak kandungnya itu yang bernama Boboi itu. Malang sekali sewaktu dalam perjalanan untuk bertemu dengan anak tunggalnya (yang belum pun ditemui secara empat mata) helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri telah meletop di udara dan Tan Sri terkorban.
Akibat daripada itu Stesen Televisyen Channel Twelve kehilangan CEO nya. Maka Darleena, satu satu anak saudaranya yang jahat merasakan dirinya adalah penganti yang paling tepat. Malang sekali Nazeem, peguam syarikat memberitahu semua ahli lembaga pengarah sebelum berlepas Tan Sri Baseera sempat berpesan sekiranya terjadi apa apa pada dirinya, dia mahu Emilda menjadi pengantinya sementara Boboi dicari.
Maka dalam sekelip mata dari seorang kerani fail yang sentiasa merendah diri, ‘clumsy’ dan ‘nerd’ Emilda dinobatkan sebagai CEO baru Baseera Media Group. Namun begitu tidak semudah yang dijangkakan Emilda dikena kan syarat… dia harus mencari seorang suami dalam tempoh enam jam.
Itulah syarat yang telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah. Demi menyelamatkan Channel Twelve dari jatuh ke tangan wanita sejahat Darleena, Emilda sedar dia perlu menggalas harapan Tan Sri.
Justeru itu dengan bantuan Nazeem, peguam syarikat yang setia, dan MAC dan EJ dua sahabat karibnya mereka bersama sama berganding bahu mempertahankan Channel Twelve.
Masalahnya, macam mana Emilda terpaksa mencari bakal suaminya dalam tempuh enam jam?
Tonton episod penuh di :
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment