Write For Us

HIGHLIGHT: Episod 15 | Kereta Sewa (2019)

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Mengisahkan mengenai Ramli yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya itu kerana itu lah satu - satunya punca pendapatan Ramli. Setiap episod dalam siri ini akan menceritakan ragam pelanggan yang menyewa kereta Ramli.

Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang.

Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin. Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh. Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu.

Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubungi Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam!
Tonton episod penuh di :
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment