Write For Us

HIGHLIGHT: Episod 6 | Setelah Cinta Itu Pergi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Marina bersembunyi untuk mengelakkan terserempak dengan Ikram dan Insyirah. Ketika sedang leka berborak dengan Muiz Lukman, tiba-tiba Ikram datang menyapa mereka. Marina terpempan bila bila lihat Ikram dan Insyirah berada di depan matanya. Ikram tidak menyesal tinggalkan Marina kerana tanggapannya pada Marina ada hubungan dengan Muiz Lukman adalah betul dan bukan fitnah sepertimana yang dikatakan oleh Marina.
Di majlis doa selamat di rumah Muiz Lukman, Marina mula rasa berdebar-debar, risau jika dia bertembung dengan isteri Muiz Lukman. Dia pasti isteri Muiz Lukman mesti terluka sepertimana yang dia pernah rasa bila mengetahui dia keluar bersama Muiz Lukman. Dia juga seakan mengelak dari bertembung dengan Muiz Lukman. Manakala, Muiz Lukman perkenalkan anaknya Muiz Danish (6 tahun) pada Marina. Barulah Marina tahu yang Muiz Lukman adalah bapa tunggal selepas dia bertanyakan tentang isteri Muiz Lukman. Patutlah bapanya beria minta Marina bersama Muiz Lukman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment