Write For Us

Hilang tangan bukan halangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Beberapa minggu kebelakangan ini, media sosial dipenuhi momen indah konvokesyen menandakan graduan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.
Tidak kurang yang mencoretkan pengalaman suka duka sepanjang bergelar mahasiswa selain lega kerana berjaya menamatkan pengajian.
Bekas pelatih GIATMARA Gombak, Selangor, Mohammad Arif Izzuddin Azmi, 20, tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-citanya sebagai mekanik biarpun diuji kehilangan tangan kanan tahun lalu.
Insiden yang hampir meragut nyawa anak muda itu tidak sekali pun mematahkan semangatnya biarpun terpaksa menangguhkan pengajian hampir setahun.
Katanya, disebabkan minat yang mendalam dalam bidang mekanik mendorong bapanya, Mohd Khair Ayup, 42, menghantarnya ke GIATMARA supaya meningkatkan kemahiran dalam kerja membaiki motosikal dan paling utama memiliki kelayakan dalam bidang berkenaan.
Katanya, walaupun kekok menggunakan tangan kiri ketika kerja membaiki enjin motosikal, halangan itu tidak mematahkan semangatnya.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment