Write For Us

Himpunan Rakyat boleh lawan Fastaqim? Tidak - Mat Sabu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata 'Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi' oleh Pakatan Harapan yang dijangka akan berlangsung pada 14 Oktober ini tidak berniat mahu berlawan dengan himpunan Fastaqim 2.0 oleh PAS.
"Tidak, kami tidak lawan mana-mana pihak. Kami lawan Barisan Nasional.
"Kami tak lawan mana-mana puak yang lain," katanya dalam sidang media di ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya hari ini.
Selain itu, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh berkata terdapat lima tuntutan dalam himpunan ini.
"Tubuhkan RCI untuk 1MDB dan Felda, kembalikan aset dan wang rakyat yang telah dirompak, tangkap MO1, bebaskan SPRM dan mahu hapuskan rundingan terus," kata Syed Ibrahim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment