Write For Us

Hina Agong: NGO persoal tindakan polis guna Akta Hasutan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
NGO Lawyers For Liberty (LFL) mengkritik tindakan polis menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap individu yang didakwa menghina bekas Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Pengarah Eksekutif LFL Latheefa Koya dalam satu kenyataan berkata penahanan itu mengingatkan tentang"sikap tidak bertoleransi kerajaan Barisan Nasional" terhadap kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi penggunaan akta itu ditentang oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum membentuk kerajaan.
Jelas LFL lagi, peranan polis adalah untuk mengekalkan ketenteraman awam dan mencegah jenayah dan bukan mengadili sebarang "ucapan atau posting yang boleh diterima dalam media sosial."
Tambahnya, sesuatu komen yang mengancam atau yang mencetuskan keganasan atau tindakan jenayah sepatutnya disiasat di bawah Kanun Keseksaan.
Justeru LFL meminta pihak berkuasa untuk menghentikan penangkapan dan siasatan yang tidak perlu berkenaan dengan komen di media sosial dan meminta pihak berkuasa mengutamakan perkara jenayah sahaja.
Semalam, peguam Syahredzan Johan dan Ketua Pemuda DAP Subang Farhan Haziq Mohamed turut mengkritik penggunaan Akta Hasutan dalam kes baru baru ini.
Akta Hasutan ialah satu daripada beberapa undang-undang yang dikaji semula oleh kerajaan termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).
Pemansuhan undang-undang ini ialah salah satu daripada janji pilihan raya oleh PH sebelum gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei lepas.
Bagaimanapun, kerajaan mengusulkan moratorium (penggantungan sementara) ke atas Akta Hasutan 1948 susulan rusuhan kuil di Seafield, USJ November tahun lepas yang menyebabkan seorang anggota bomba terkorban.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment