Write For Us

Hina Agong: Tiga individu ditahan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah menahan tiga individu yang memuat naik di media sosial komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Petuan Agong ke-15.
Dalam satu kenyataan, Mohamad Fuzi berkata mereka yang ditahan untuk siasatan itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 dan 46 tahun.
Penahanan kesemua individu itu dibuat selepas menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik akaun laman sosial terbabit yang memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V.
Mereka yang ditahan ialah pemilik dua akaun twitter (@azhamaktar dan @aliaastaman) serta seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Eric Liew.
Mohamad Fuzi berkata ketiga-tiga individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.
Beliau turut menasihati orang ramai agar menggunakan laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif berhubung peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV hingga mampu menimbulkan perspektif negatif terhadap institusi diraja.
Ahad lepas, Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa serta merta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment