Write For Us

Hina mahkamah: Isham akan lawan permohonan supaya dia dipenjara, denda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
26 Views
Published
‘Saya akan lawan’ - Itu kata Isham Jalil sebagai respons kepada tindakan Peguam Negara yang membuat permohonan secara ex-parte agar dia dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah.

Terdahulu Utusan Online melaporkan, Jabatan Peguam Negara memohon Isham dikenakan tindakan penjara atau denda atas alasan menghina mahkamah.

Permohonan terhadap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu merujuk komen Isham dalam sebuah program 'townhall' mengenai prosiding perbicaraan dan rayuan kes membabitkan Najib Razak serta penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment