Write For Us

#HM2Gaza: Selamat masuk bumi Gaza

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
SERAMAI 41 sukarelawan dan aktivis kemanusiaan termasuk tujuh rakyat Malaysia selamat memasuki bumi Gaza, Palestin malam tadi selepas menempuhi perjalanan getir selama 16 jam dari Kaherah, Mesir.
Wartawan Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein yang turut menyertai misi “Miles of Smiles” itu melaporkan semua peserta berjaya masuk ke Gaza tepat jam 11.20 malam pada Khamis (5.20 pagi Jumaat waktu Malaysia) melalui pintu sempadan Rafah.
Selain Malaysia, peserta misi lapan hari itu turut membabitkan aktivis kemanusiaan dari Afrika Selatan, Kuwait, Jordan, United Kingdom, Algeria, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Sweden.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment