Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan anak-anak Melayu supaya merenung diri dengan mengingat kembali jasa-jasa Umno kepada mereka sehingga berjaya mencapai tahap yang ada sekarang.
Tengku Adnan berkata anak-anak Melayu itu perlu menghargai jasa Umno yang menyediakan peluang pendidikan terbaik demi masa hadapan mereka.
"Saya pun pernah jadi pelajar, (tetapi) kerana dasar Umno yang kamu dapat masuk universiti. Kalau tak dapat masuk universiti di Malaysia, kita hantar ke luar negara, balik negara tunjuk pandai marah kepada Umno.
“Apa salah umno, balik nanti renung siapa saya, siapa ibu bapa saya, bagaimana saya jadi macam ini. Renungkan kerana kita sudah lupa kerana kita orang Islam tetapi tak bersyukur pada apa yang kita ada,” kata Tengku Adnan dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Nadi Negara di PWTC hari ini.
Majlis Anugerah Nadi Negara 2017 diadakan untuk menghargai pencapaian mahasiswa, turut dihadiri Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment