Write For Us

Hujan tak halang NGO berhimpun bantah AS veto resolusi gencatan senjata Gaza

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
Hujan lebat tidak menghalang orang ramai berhimpun melakukan demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara, hari ini.

Ini susulan negara kuasa besar itu baru-baru ini menggunakan kuasa vetonya membantah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan gencatan senjata khususnya di Gaza, Palestin.

Laungan takbir berkumandang ketika orang ramai mula berarak dari Surau Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat menuju ke Kedutaan AS.

Perarakan dianjurkan Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) iaitu gabungan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang bergabung menyatakan bantahan itu.

https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/1815946282155689
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment