Write For Us

'Husni pun tak tahu operasi 1MDB, ia rahsia besar Najib,' - kata Tony Pua

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang membawa sendiri isu 1MDB ke Dewan Rakyat semalam menunjukkan suatu perkara yang aneh.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua memberitahu media di lobi Parlimen, berkata takkanlah beliau tidak tahu mengenainya sebagai menteri kewangan kedua.
"Ini bermakna maklumat penting disembunyikan daripada pengetahuan menteri kewangan kedua dan beliau tidak langsung diberi taklimat mengenainya.
"1MDB adalah rahsia operasi besar yang hanya diketahui seorang sahaja di Kabinet, iaitu perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment