Sebaik panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh kadet tentera laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ibu bapa mangsa melakukan sujud syukur.
Mereka dilihat menangis dan menadah tangan bersyukur selepas apa yang diimpikan selama ini supaya enam pesalah itu diheret ke tali gantung tercapai.
Terdahulu tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mendapati enam bekas pelajar itu bersalah, dan mengketepikan sabitan awal mereka bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat untuk membunuh.
Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim itu berkata, mereka mendapati hukuman 18 tahun yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kekejaman yang dilakukan oleh bekas pelajar itu.
Sumber: https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/1071269661381710

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment