Write For Us

Ibu bimbang anak dalam tahanan rantai, kini bawah Poca

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
50 Views
Published
Seorang ibu tunggal, T. Priscilla Devi mendakwa anaknya yang berusia 18 tahun berada dalam tahanan rantai sejak Februari dan kini disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

Dia mengatakan anaknya, K. Mitheswaran pada mulanya ditahan pada 23 Februari di IPD Bandar Perda, Bukit Mertajam setelah lima gram dadah jenis meth didakwa ditemui padanya.

Bagaimanapun pada 2 Mac, polis memberitahu anaknya akan ditangkap di bawah Poca untuk disiasat mengenai insiden pecah rumah di daerah Kulim, Kedah.

Selain itu, Priscilla mendakwa anaknya telah dicederakan dan beberapa anggota polis meminta wang berjumlah ribuan ringgit dengan alasan untuk menyediakan makanan semasa anaknya ditahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy yang mengiringi Priscilla ke sidang media hari ini di Suhakam, mengatakan Poca telah disalahgunakan untuk menyiasat remaja terbabit.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/570702
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment