Write For Us

Ibu gelama pertama Pantai Rhu Muda dijual RM360 seekor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Ibu gelama itu kali pertama dipancing di pantai itu kerana kebiasaannya ikan bersaiz besar berkenaan hidup di laut dalam.
Itu kata Mazly Mamat, 44, yang gambar dan videonya menaikkan ikan ibu gelama seberat 18 kilogram (kg) di Pantai Rhu Muda menjadi tular di media sosial sejak Selasa 18 Februari.
Mazly yang lebih dikenali dalam kalangan kaki pancing sebagai Matoyo, berkata dia memancing di Pantai Rhu Muda itu sejak 2000 dan sepanjang tempoh itu pelbagai jenis ikan pernah dipancingnya.
Tambahnya, dia menggunakan umpan udang hidup, selain perambut yang mempunyai kekuatan sederhana ketika memancing di pantai itu.
Katanya, dia mengambil masa lebih setengah jam sebelum berhasil menewaskan ibu gelama terbesar dan pertama kali dipancing di pantai berkenaan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment