Write For Us

Ibu sebak terima penyampaian kenaikan pangkat Allahyarham Safwan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyampaikan wang cek bagi skim bayaran pampasan (Ex-Gratia) bernilai RM52,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.

Namun keadaan menjadi sayu apabila ibu kepada Allahyarham kelihatan menitiskan air matanya di saat menerima penyampaian itu.

Allahyarham Safwan juga diberi pangkat posthumous sarjan pada majlis hari ini.

Penyampaian itu disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, dan turut dihadiri Ketua Polis Negara Dr Hamid Negara.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.11 pagi pada 3 Mei lalu, Safwan yang sedang bertugas di SJR Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS maut selepas sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu pemandu mabuk.

Beliau yang juga anggota di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah akibat rempuhan sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment