Write For Us

Ibu tunggal berhutang dengan lebih 10 indvidu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Hidup dalam serba kedaifan hingga terpaksa berhutang dengan lebih 10 individu berjumlah kira-kira 1,000 dolar (RM4,000) demi membesarkan tiga cahaya mata tersayang.

Lebih menyedihkan, ibu tunggal yang kematian suami dua tahun lalu itu kini sering diganggu selain diancam akibat tidak mampu membayar hutangnya.

Kesempatan bertemu wanita cekal itu bersama tiga anaknya di Kem Fahad sungguh mengangumkan, dia membuktikan wanita hanya dilihat lemah daripada luaran bukanlah pada semangat.

Hidup sebagai pelarian selain dihimpit pelbagai masalah kewangan tidak mematahkan semangat Aishah Hassan,35, malah dia berazam untuk memastikan tiga cahaya matanya yang berusia empat hingga 11 tahun dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

Menurut Aishah, kehidupan dia bersama anak-anak berubah sejak pemergian suami tercinta yang meninggal dunia akibat penyakit.
Aishah ditemui ketika misi sukarelawan Lubnan bersama Aman Palestin bagi menyerahkan bantuan musim sejuk kepada kira-kira 103 kem di Lembah Beqaa dan Aarsal.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment