Write For Us

Ibu tunggal bimbang rumah nyaris ditimbus tanah runtuh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Seorang ibu tunggal hidup dalam ketakutan apabila rumahnya di Kampung Telok Temelah, Bongor, di sini, nyaris ditimbus tanah runtuh akibat hujan lebat.
Akibat insiden itu, dinding rumah mangsa retak, manakala tingkap pula rosak dan selut memasuki kediaman terbabit.
Namun ketika kejadian, Rohana Abd Latiff, 55, dan anak bongsunya, Hamidah Abd Aziz, 26, berada di Kuala Lumpur kerana menziarahi ahli keluarga mereka.
Rohana yang menetap di kampung berkenaan sejak 40 tahun lalu, mengadu setiap kali hujan lebat, beliau tidak dapat melelapkan mata kerana khuatir akan berlaku runtuhan tanah yang besar.
Lebih membimbangkan, beliau mendakwa kejadian tanah tebing bukit runtuh, kelmarin, adalah yang paling teruk, setakat ini.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment