Write For Us

Identiti 'Mr H' masih misteri, hanya Wahab boleh sahkan - Polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Identiti 'Mr H' yang didakwa sebagai individu utama yang dikaitkan dengan rakaman video perbualan berbaur lucah bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohammad Agus Yusoff masih belum dapat dikenal pasti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, identiti ‘Mr H’ masih misteri kerana pihak polis belum dapat mengesahkan individu yang hadir memberikan keterangan adalah ‘Mr H’ seperti yang didakwa.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan diterima daripada Abdul Wahab Abdul Kadir (Penolong Pegawai di J-KOM).

Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan individu dikenali 'Mr H' sudah memberi keterangan kepada polis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment