Write For Us

Idris: MB S'gor baru tak dapat restu HARAPAN, hanya disokong Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru Amirudin Shari tidak mendapat restu Pakatan Harapan (HARAPAN), dakwa ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad.
Idris sebaliknya berkata hanya beliau seorang sahaja yang mendapat persetujuan daripda semua parti HARAPAN.
"Saya ada sokongan semua parti dalam HARAPAN manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di kediamannya pagi ini.
Doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan fotokopi surat sokongan yang ditandatangani oleh empat parti.
Surat-surat yang ditulis pada bulan Jun itu mengesahkan sokongan kepada Idris sebagai menteri besar, ditandatangani secara berasingan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Beliau berkata nama dua lagi calon, Amirudin dan ADUN PKR Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin hanya dikemukakan selepas Istana Selangor meminta tiga nama calon.
Menurut Idris namanya berada dalam kedudukan teratas senarai calon berkenaan.
Bagaimanapun, pelantikan ini sama prosesnya ketika Azmin menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila Istana Selangor meminta mengemukakan tiga nama calon.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment