Write For Us

IGP dedah VVIP terlibat pemburuan haram 'jual' nama untuk bolos

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata ada seorang orang kenamaan VVIP yang terlibat dengan pemburuan haram di kawasan larangan sering 'menjual' nama bagi membenarkan mereka memburu.
Namun, Abdul Hamid tidak mendedahkan nama VVIP tersebut.
Golongan VVIP menjadikan pemburuan haiwan itu sebagai hobi.
Beliau turut menasihati anggotanya dan sekretariat Op Khazanah supaya tidak gentar dengan ancaman individu tertentu menggunakan nama orang kenamaan (VVIP) bagi memasuki kawasan larangan untuk berburu haiwan liar.
“Perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat apabila ada individu tertentu menggunakan nama VVIP untuk mendapat kebenaran masuk kawasan larangan dan mengganggu tugas anggota. Saya sudah keluarkan arahan supaya mereka tidak gentar.
“Kalau ada pembabitan VVIP dalam perbuatan memburu secara haram sekali pun, saya tetap akan tangani mengikut undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment