Write For Us

IGP: Polis ambil tindakan berhati-hati siasat demo BERSIH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Polis akan meneliti kesalahan penganjur dan peserta BERSIH yang mengadakan perhimpunan di luar bangunan parlimen bagi membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya, semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata buat masa ini pihaknya belum memanggil penganjur dan mana-mana peserta BERSIH untuk diambil keterangan.
“Kita kena tengok siapa yang terlibat. Siapa ketuai perhimpunan itu. kalau kita ambil kenyataan bukan-bukan kita akan dituduh macam-macam.
“Kita kena berhati-hati dengan perkara ini untuk pastikan siapa yang terlibat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Persatuan Isteri-isteri Polis (Perkeb) di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.
Fuzi turut berkata, perhimpunan yang tidak mempunyai permit itu kini disiasat di bawah Seksyen 9, Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Semalam, NGO itu menganjurkan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment