Write For Us

IGP sahkan Jong-nam bawa sejumlah wang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sejumlah wang ditemui daripada Kim Jong-nam, yang dipercayai mati dibunuh di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.
Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang itu disebabkan media asing suka membuat cerita, tanpa merujuk daripada pihak polis.
"Saya mengesahkan memang ada sejumlah wang yang kita temui daripada Kim Jong-nam, tetapi saya tidak mahu mengesahkan jumlahnya.
"Kadang-kadang media asing suka buat cerita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Op Selamat 11/2017 di Menara TM hari ini.
Media Jepun, Asahi Shimbun melaporkan Jong-nam ada membawa AS$120,000 (RM511,806), dipercayai mempunyai kaitan dengan pertemuan rahsia dengan lelaki yang tidak dikenali sehari sebelum dibunuh.
Memetik sumber pegawai penyiasat, media Jepun itu juga melaporkan Jong-nam mungkin telah dibayar untuk mendapatkan maklumat.
Kata laporan akhbar itu, tidak ada rekod yang menunjukkan Jong-nam membuat transaksi bank di Malaysia.
Asahi juga melaporkan Jong-nam bertemu dengan lelaki warga Amerika Syarikat di Langkawi, sehari sebelum dibunuh.
Dilaporkan bahawa Jong-nam berada di klia2 menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita mendekatinya lalu menyapu mukanya dengan cecair toksik yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Februari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment