Write For Us

IGP: Suspek berlatih di Pavilion, KLCC sebelum bunuh Jong-nam di KLIA2

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Pembunuhan abang pemimpin tinggi Korea Utara, Kim Jong-nam adalah perbuatan terancang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, kedua-dua suspek wanita yang membunuh Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah dilatih untuk menjalankan pembunuhan itu beberapa kali sebelum ini, termasuk di Pavilion dan KLCC sebelum berdepan situasi sebenar.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.
Suspek wanita yang masing-masing memiliki pasport Vietnam dan Indonesia ditahan polis minggu lalu.
Khalid berkata, reman kedua-dua wanita itu yang tamat hari ini akan disambung tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan KLIA2.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment