Syarikat perabot terkemuka Sweden, IKEA dijangka siap dan dibuka kepada orang ramai pada suku pertama tahun 2019 di Pulau Pinang.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata pembukaan gedung perabot IKEA di Batu Kawan dan pertama di wilayah utara tersebut diharap dapat disempurnakan pada 1 Januari 2019.
“Walau bagaimanapun, pembinaan dan pembukaan ini bergantung kepada faktor cuaca dan lain-lain.
“Kita harap ia dapat dibuka pada 1 Januari 2019, ataupun jika tidak, pada suku pertama tahun tersebut,” katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis Penang Medical Expo & Malaysian Healthcare Policy Conference, hari ini.
Terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS), projek bernilai RM484 juta di atas tapak berkeluasan 99 hektar tersebut akan dibangunkan oleh Ikano Pte Ltd. (Ikano- syarikat francais bagi IKEA di Malaysia, Singapura dan Thailand) bersama-sama syarikat tempatan, Aspen Vision Sdn. Bhd. (Aspen).
Projek mega melibatkan gabungan dua syarikat terkemuka Ikano dan Aspen tersebut bakal dibangunkan sebagai sebuah pusat sehenti komersial dan bercampur merangkumi sebuah pusat membeli-belah, kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan perkhidmatan serta hab logistik.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment