Write For Us

Ikonik Harley Davidson

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Motosikal segmen jelajah (Touring) jenama Harley-Davidson untuk model tahun 2020 diperkenalkan oleh pengedar utama jenama itu di negara ini, Didi Resources Sdn Bhd.
Diadakan di Harley-Davidson of Petaling Jaya, antara yang menjadi tumpuan utama ialah model Electra Glide Standard Baharu yang dijana enjin Milwaukee-Eight 107 adalah pertama kali memasuki pasaran tempatan.
Sebagai model permulaan Harley-Davidson untuk tujuan penjelajahan, ia didatangkan dengan rekaan fairing ‘batwing’, kemasan krom, kotak simpanan sisi dan rim tetuang.
Selain itu motosikal dijana dengan enjin 1,746 cc ini juga dilengkapi kawalan pelayaran elektronik standard, fork hadapan 49 milimeter (mm) dengan suspensi injap dwi-lenturan injap, brek Relflex Linked Brembo dengan opsyen Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan penyerap hentakan belakang teknologi ‘emulsion’ larasan tangan.
Ketua Selepas Jualan Harley-Davidson of Petaling Jaya, Ahmad Fikeri Mat Yusof berkata kali terakhir Electra Glide Standard diperkenalkan ialah pada 2009 dan ini umpama kelahiran semula model itu dengan enjin yang baru.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment