Write For Us

Imej X Ray telefon bimbit asli - saksi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Seorang saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, mengesahkan imej x-ray telefon bimbit yang diambilnya tidak boleh diubah suai.
Saksi ke-16 pendakwaan, Pengusaha Kanan Bomba II Rosdiyana Sudarto, berkata sehari selepas kejadian kebakaran di bilik utama rumah Nazrin, beliau diberikan satu telefon bimbit jenis Blackberry oleh Pegawai Bomba Abdul Halim Zulkefeli yang juga saksi pendakwaan ke-15 untuk dibuat pengimejan bagi mendapatkan struktur dalam alat elektronik terbabit.
Katanya, pengimejan telefon bimbit itu dilakukan dengan menggunakan mesin XRS-200 X-ray Sources.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, pada Isnin, 16 Disember.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment