Write For Us

IMR siap siaga berdepan virus baharu selain Covid-19

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
INSTITUT Penyelidikan dan Perubatan (IMR), bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan serangan virus di negara ini selain Covid-19.
Pengarah IMR, Dr Tahir Aris berkata, melalui proses dan prosedur ujian pengesanan Covid-19, pihaknya berjaya mengesan virus terbabit dalam tempoh lima hingga enam jam sahaja.
Katanya, Unit Virologi, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit (IDRC) IMR adalah makmal rujukan untuk penyakit disebabkan virus terutama yang baharu dikesan ataupun (virus) muncul semula.
Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai proses dan prosedur ujian pengesanan makmal Covid-19 di Kuala Lumpur, pada Rabu, 26 Februari.
Hadir sama, Ketua IDRC IMR, Dr Norazah Ahmad dan Ketua Unit Virologi IDRC IMR, Dr Ravindran Thayan.
Dr Tahir berkata, ujian yang dibangunkan di IMR telah digunakan untuk mengesahkan empat kes Covid-19.
Katanya, memandangkan IMR menjadi rujukan, pihaknya sudah melatih 12 hospital di seluruh negara serta lima makmal kesihatan awam dan empat makmal di Sabah, Johor, Perak dan Kelantan untuk menjalankan kajian ini.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment