Write For Us

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia naik 10 anak tangga

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Kedudukan Malaysia meningkat dengan ketara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International pada 2019, dengan berada pada kedudukan 51 tahun lalu, berbanding kedudukan 61 pada 2018.
Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan, skor Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan mendapat 53 mata, iaitu peningkatan enam mata daripada 47 pada 2018.
Skor itu merupakan yang tertinggi buat Malaysia dalam CPI sejak 2012.
Dalam kalangan negara Asean, Malaysia berada di belakang Singapura dan Brunei, yang masing-masing menduduki tempat keempat dan ke-35.
Bagaimanapun, Malaysia mendahului negara Asean yang lain, dengan yang paling hampir, Indonesia di kedudukan 85.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment