Write For Us

'Ingat kerajaan BN masa saya PM tidak dibantai ke?' - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
56 Views
Published
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menjelaskan tidak semestinya pelabur asing tidak masuk ke negara ini hanya disebabkan kerajaan dikritik orang ramai.

Katanya ketika menjadi perdana menteri, negara tetap menerima pelaburan yang konsisten walaupun ketika itu kerajaan BN dikritik saban hari oleh pembangkang atas pelbagai isu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim yang menasihati Najib agar membuat kenyataan bernada positif berhubung kerajaan PN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment