Write For Us

Ingkar PKP: 'Orang besar' atau orang miskin harus dihukum sama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata 'orang besar' yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman yang ringan, sebaliknya orang miskin melakukan kesalahan dikenakan hukuman berat.

"Orang besar rasuah 5 bilion katanya komisen, orang kecil rasuah RM5 katanya rasuah," katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya.

Katanya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hukuman perlu adil dan sama bagi orang besar dan orang miskin.

"Hukum ringan bagi orang besar, ringan bagi orang miskin," katanya.

Terdahulu, beberapa gambar dimuat naik Dr Noor Azmi di Facebook mengenai lawatan di maahad tahfiz itu tular di media sosial dan status berkenaan kemudian mendapati reaksi warganet yang mendakwa beliau melanggar PKP, Jumaat lepas.

Media melaporkan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain dipetik sebagai berkata siasatan awal mendapati Dr Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment