Write For Us

'Ini hari yang sedih'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan undian daripada Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tidak diambil kira semasa sesi pengundian bagi meluluskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat.
Malah, Wan Azizah berkata, undi daripada pihak pembangkang sepatutnya sebanyak 81 berbanding 80 seperti yang diumumkan.
Sementara itu, Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke pula membangkitkan persoalan berhubung status penggantungan Lim yang dianggap sebagai 'tergantung'.
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) turut mempersoalkan alasan laporan persempadanan semula Sabah tidak dibentang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment