Write For Us

Ini strategi Umno nak jahanamkan BERSATU!, dakwa Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil mempertahankan partinya dari sebarang tindakan melanggar perlembagaan parti.
Dikatakan terdapat 400 laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) oleh ahli mahupun bekas ahli BERSATU berkenaan parti itu melanggar perlembagaan parti.
"Yang dibangkitkan sesetangah pihak itu, tak tahulah macam mana tapi macam serupa sahaja. Sama ada mereka ahli atau tidak tetapi saya nak jelaskan apa yang kita buat berpandukan perlembagaan BERSATU.
"Sama ada mereka menyerupai ahli Bersatu, setengahnya mereka sudah tidak ada jawatan dan setengahnya mereka sudah keluar dari parti dan buat kenyataan kemudian media ambil.
"Tak semestinya dengan sebab ramai yang melaporkan itu betul. Kalau tak betul, tak betullah.
Pasal mereka ada niat jahat, niatnya kalau boleh nak bubarkan pasal takut dengan gerakan pengaruh BERSATU diseluruh negara," kata Muhyiddin dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan negeri Johor.
Muhyiddin turut menempelak ROS yang terus membisu apabila pihak parti ingin mengatur pertemuan bagi menjelaskan perkara sebenar.
"Ini takada diam tapi buat kenyataan. Kita nak buat temujanji tak bagi, hantar surat tak jawab pun. Siapa salah?
"Pasal ini strategi Umno untuk jahanamkan BERSATU. Dan rakyat jangan terpengaruh kerana mereka ada strategi. Mereka takut dengan Tun Mahathir, takut dengan gerakan kita. Diseluruh negara tersebar luas sokongan rakyat meningkat. Dia tahu ini ancaman," kata Muhyiddin dalam nada keras.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment