Write For Us

"Ini tidak ada kena mengena dengan PM atau parti," kata Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kedudukannya dalam Umno.
Kata Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadapnya tidak ada kena mengena dengan Najib atau parti dan beliau mahu menguruskan hal tersebut dengan sendiri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat selama 4 jam oleh penyiasat di pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Pada 31 Januari, Annuar digantung jawatan sebagai pengerusi MARA dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd berkuatkuasa serta merta.
Penggantungan itu bagi memudahkan siasatan terhadap dakwaan bahawa Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan bola sepak Kelantan yang dikaitkan dengan Annuar.
Pada 12 Januari, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuduh Annuar menggunakan kedudukannya dalam MARA dan UniKL untuk mendapatkan penajaan bagi pasukan Kelantan.
Tunku Ismail juga mendedahkan beberapa dokumen yang memperincikan urus niaga tersebut dan menyatakan penajaan itu merupakan sebab UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa untuk pelajar sebanyak RM700 juta tahun lepas.
Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), menafikan dakwaan tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment