Write For Us

'Ini tidak adil, itu tidak adil. Ini semua kenyataan politik'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri Kabinet baru-baru ini tidak wajar dipersoalkan kerana ia mengikut undang-undang.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata penahanan yang bertujuan untuk membantu siasatan itu diputuskan pasukan penyiasat PDRM dan mereka berhak memanggil atau menahan mana-mana individu untuk tujuan itu.
"Saya tidak akan memberi satu laluan sesuka hati (kepada polis) di mana mereka bertindak sesuka hati atau menganiaya orang. Saya tidak melihat penahanan ini tidak adil...ini semua tuduhan politik dan saya tidak mahu terlibat dengan polimik politik mana-mana pihak baik dalam kerajaan atau di sebelah sana," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) ke-90 tahun 2019 pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Politik Presiden PKR Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak semalam yang mempersoalkan penahanan remannya berkaitan kes video intim tersebut sebagai tidak adil.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata pihaknya menggesa semua pihak memberi ruang kepada PDRM menjalankan siasatan kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan dan segala tindakan yang dilakukan atau diputuskan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.
"Saya tidak cakap siasatan sedia ada muktamad kerana ia masih berjalan...setiap tindakan perlu dilakukan mengikut langkah demi langkah tanpa tekanan sesiapa," katanya.
Beliau berkata kertas siasatan yang lengkap nanti akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment