Write For Us

Inilah masanya syarikat-syarikat besar gunakan pekerja tempatan - Menteri Sumber Manusia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Menteri Sumber Manusia, M Saravanan hari ini menegur majikan khususnya dalam sektor peruncitan kerana lebih gemar mengambil pekerja asing berbanding mengutamakan pekerja tempatan.

Katanya, jawatankuasa yang akan dipengerusikan Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob itu akan meneliti serta memperhalusi dasar baru mengikut perkembangan dan cabaran semasa dengan norma baru yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Saya cadangkan kepada syarikat sedia ada untuk memanfaatkan warga tempatan, yang mana kita lihat hari ini ramai ibu-ibu tunggal yang perlukan bantuan dan sanggup bekerja, ada juga golongan belia masih mencari peluang pekerjaan ekoran kesempitan hidup.

"Jadi, inilah masanya untuk kita menggalakkan syarikat-syarikat besar gunakan warga tempatan.

"Negara kita kini berada di dalam satu keadaan yang luar biasa dan perkara yang perlu ditekankan kini adalah keikhlasan semua pihak, tak kira majikan, pekerja, persatuan, pihak kerajaan atau pun semua masyarakat majmuk sedia ada. Semua kena ikhlas," katanya dalam siaran langsung bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Facebooknya, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment