Write For Us

Insiden Ulu Tiram dikaji, bentuk profil tangani fahaman ekstremisme - Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Polis akan terus mengambil langkah bersesuaian untuk mengekang penularan ekstremisme di negara ini bagi mengelak insiden seperti serangan keganasan di balai polis Ulu Tiram, Johor berulang lagi.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau percaya ekstremisme perlu dikekang dan perbuatan memanggil orang lain sebagai kafir adalah sangat berbahaya kepada keseluruhan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) di Dewan Rakyat hari ini yang bertanya berkenaan usaha kerajaan dalam melawan ancaman baharu ekstremisme di negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment