Write For Us

Iris | Marhaban Kome Oi | Episode 5

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Kampung Seri Selasih mempunyai kumpulan marhaban bernama Wardah yang dianggotai oleh lapan wanita dan diketuai oleh Ustazah Faridah (Fauziah Nawi). Mereka amat komited terhadap aktiviti marhaban dan sering mendapat undangan. Perwatakan dan karenah setiap ahli marhaban yang berbeza ini sering menimbulkan pelbagai insiden lucu dan mencuit hati. Ada yang gedik, sering mencari wajah kacak ketika bermarhaban. Dan ada yang menjalani pembedahan mata dan terpaksa memakai cermin mata hitam sepanjang marhaban, dan ada yang merasakan dirinya seolah-olah seorang selebriti serta ada yang melatah sehingga terbongkar rahsia perniagaan bahulunya dan pelbagai karenah lain yang mencuit hati.
Pada suatu malam, ketika sesi latih marhaban sedang berjalan, Mak Dara (Ana Dahlia) telah memberitahu kepada ahli kumpulan yang lain bahawa kumpulan Marhaban Kome Oi (MKO) telah dijemput untuk menyertai pertandingan marhaban peringkat daerah. Rupa-rupanya, Mak Dara telah mendaftarkan nama kumpulan MKO untuk pertandingan ini sebagai satu bentuk promosi. Mereka semua menjadi lebih teruja apabila mendapat tahu bahawa hadiah utama pertandingan ini bernilai RM10,000!
Konflik berlaku apabila salah seorang ahli kumpulan MKO, Kak Besah Lawa (Watie Sadali), tidak dapat menyertai pertandingan itu kerana dia bercadang untuk ke Paris bersama-sama dengan bekas-bekas ratu cantik yang lain untuk memperkenalkan pakaian tradisi Malaysia. Ahli kumpulan MKO memujuk Kak Besah Lawa agar menyertai pertandingan marhaban ini. Oleh kerana ini merupakan satu-satu peluang terbaik untuk ke luar negara, Kak Besah Lawa tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini.
Pada mulanya, mereka bercadang untuk mencari pengganti baru sahaja. Akan tetapi, masa semakin suntuk dan mereka takut sudah tidak sempat untuk menjalankan sesi latihan. Adakah impian mereka untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 akan tercapai?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment