Write For Us

Iris | Ramadan Dan Hamdan | Episod 2

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Ramadan dan Hamdan kekurangan wang untuk balik raya. Sewaktu mereka pulang ke kampung, ada seorang perompak menumpang mereka dan meninggalkan wang tunai sebanyak RM100 ribu. Mereka berdua mula berangan dan tidak mahu memulangkan wang tersebut. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, mereka berhenti di tiga lokasi iaitu di gerai lemang, gerai ketupat dan gerai makan. Ketika dalam perjalanan, mereka berhenti membeli lemang. Sementara menunggu lemang masak, si penjual menceritakan kisah mengenai balasan terhadap orang yang tidak berpuasa. Mereka berasa insaf selepas mendengar cerita berkenaan. Di dalam perjalanan, mereka berhenti lagi di gerai ketupat. Si penjual ketupat membuka cerita kisah anak derhaka. Sekali lagi mereka terkesan dengan cerita tersebut. Kemudian, mereka berdua meneruskan perjalanan ke kampung. Mereka singgah sebuah gerai makan kerana lapar. Semasa mereka sedang makan, ada penjual kuih raya menceritakan kisah pencuri dan tragedi malam raya. Mereka terus tersedar dan memulangkan wang tersebut kepada pihak polis dan melupakan angan-angan mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment